Assalamualaikum
semua..
Dimulakan
dengan salam lebih elok kalau nk mulakan bicara..Rasa teruja lak nk update firt
post ni.haha..Tak pernah terfikir dlm kepala otak ni nk buat blog..tu yang rasa
lain mcm ni.hehe..kalau tak kerana modul aplikasi komputer ni,mmg jauh api dari
panggang nk buat blog sendiri ni.hehe..
Tp tak pe..Den akan sahut cabaran ni..Walaupun blog x sepower org lain,yg
penting ada juga blog sendiri daripada tak de.haha..
Dalam blog ini, den tak de nk cerita pape pun. Cuma nk
share pengalaman “travel” den. Nk kata banyak tempat yg melawat,tak dela byk
sgt..Ada la sikit nk share dengan yang lain..
First tempat yg p melancong tak jauh mana pun. Negara
sebelah je..
Singapore..Tu pn sbb nk pegi Universal Studio Singapore(USS). Dgr cerita orang
yang dh pernah pergi, mcm best je. Tu yg teringin nk melancong kt sana. Lagipun
dekat je.hehe..
Tanggal 29 Julai 2010, bermula lah perjalan ku menuju ke negara Temasik ini.
Selalu orang pergi drive sendiri je. Tp kami(dgn member yg lain) nk try naik
keretapi lak. Lagipun tak dela penat sgt nk drive..Boleh rehat sikit atas
keratapi nanti.
Bertolak naik keratapi dari KL Sentral menuju ke
Stesen Tanjong Pagar.Stesen ni pn dh tinggal kenangan dh..Sbbnya kalau naik
keratapi dari Malaysia, dia dh tak berhenti sini dah..Terus menuju ke Town
Singapore. Dapat juga merasa kt bangunan sejarah ni..
Selamat je sampai kt Singapore, ape lagi..melantak la dulu..Perut pn dh
menyanyi kaw2 punya. Kena isi perut dulu sebelum meneruskan perjalanan.hehe.
Lepas je perut sudah berisi, kami pun bersiap sedia menuju kt USS. Cari teksi
kt luar untuk menuju ke sana. Teksi pn banyak kt luar walaupun cuaca masa tu
hujan.
Selepas melihat panorama Singapore dalam teksi, sampai
la kami ke USS. Naik je kat atas, dh nampak globe USS. Apa lagi,bergambar sakan
la kt globe tu..
USS terbahagi
kepada 7 bahagian, Hollywood, NewYork, Sci-Fi City, Ancient Egypt,
The Lost World, Far Far Away, and Madagascar.
Kalau nk cerita mahu esok tak habis.hehe..Biar gambar di bawah
menceritakan segalanya...
Last sekali, den selitkan extra info untuk
tatapan..
- Semua pembayaran menggunakan Singapore Dollar.
- Alhamdulillah, proses untuk masuk ke Singapura sangat mudah dan friendly.
- Bila dah plan nak ke USS, rajin2 lah login ke website mereka
untuk tengok segala promosi yang ada.
- Elakkan pergi semasa hujung minggu atau cuti sekolah. Harga lebih
mahal dan bilangan pengunjung sangat ramai. Tak syok kalau kena beratur
panjang untuk tengok persembahan atau game. Sila rujuk laman web
USS (sini) untuk info harga tiket.
- Singapura adalah negara bebas chewing gum dan sampah.
Jangan lakukan disana. Kena saman nanti!
- Untuk muslim, sila bawa wet tissue. Tandas tanpa air!