Bertemu lagi kita di rancangan......haha..dh mcm dlm tv lak..
Ok2..straight to the point..melalut nanti panjang cerita lak...
Hari tu den ada share pengalaman melancong ke negara jiran kan..Temasik VS Singapore..
Kali ni den nk kongsi pengalaman ke destinasi kedua yang sempat den pegi melancong..Tak jauh mana pn..Negara jiran juga.Tp bawah sikit dari Singapore.hehe...Ke mana lagi kalau bukan Jakarta dan Bandung..
Kali ni lain sikit sbb masa travel lama sikit..dlm seminggu..dan yang paling lain ialah, naik flight.haha..Ye la.kalau tak naik flight,cm mana mau sampai sana maa...
Bermulalah perjalanan kami (bersama member-member) 7 Oktober 2010..Flight dijadualkan ptg, jadi terpaksa lah menapak awal sikit kt LCCT tu..
Apabila dh selesai semua urusan, maka terbanglah kami ke negara jiran. Selamat Tinggal Malaysia.haha..
Dalam 2 jam setangah, selamat lah kami tiba di Bandung..Sampai-sampai je, terus pak supir (pemandu) memanggil kami untuk bertolak ke hotel penginapan..Sebelum tu melantak dulu nasi padang..mmg perut pn dh lapar sangat, jd semua habis di bedalnya..Sedappp...
Kalau ne cerita detail, memang panjang..Biar den ringkaskan sahaja tempat-tempat yang kami lawati...
Lagi sekali, biar gambar yang berbicara.haha...
- Gunung Tangkuban Perahu (Gunung Berapi yang dah tak aktif lagi)
| Gunung Tangkuban Perahu |
Orang cakap Bandung ni syurga beli belah.. Mula-mula mcm tak ambil port je..Tp bila dh sampai sana, den mmg akui, Bandung mmg syurga shopping..banyak sgt tempat nk shopping dgn factory outlet pn bersepah..den yang laki-laki ni pn habis banyak la juga RM utk shopping.tu belom perepuan lagi pergi.hehe..
Barang sana murah dan kualiti pn bagus sgt2..
Antara tempat-tempat shopping yang den melawat :
- Pasar Baru (macam-macam ada)
- Cihamples Walk
- Jalan Riau
- Jalan Dago
- Rumah Mode
- Cibaduyut ( barangan kulit)
| Rumah Mode |
-sediakan wang yg secukupnya. Kalau tukar kt sana mahal sikit rate dia..
-tempat mkn banyak sbb majoriti orang Islam
-hotel pn banyak. tp cari kt town la sikit sbb nk shopping senang nanti.hehe..
-sediakan airport tax nanti bila nk berlepas pulang ke Malaysia (150000 rupiah)
-peminta sedekah mmg banyak kt sana. jadi hulurlah kepada mereka yg memerlukan
-jgn lupa try masakan orang sana..baru pure.
No comments:
Post a Comment