Paris, France (The City of Love)
- Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta adalah tempat terbaik
untuk percutian paling romantik. Dengan diiringi alunan muzik violin
yang mengasyikkan sewaktu makan malam yang indah bersama kekasih hati di
restoran-restoran yang terkenal yang menjamu hidangan lazat dan
menyelerakan. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan Eiffel Tower yang
tinggi dan unik. Memang mempersonakan!
New York, US (The City of Modern World) - New York yang juga
dikenali sebagai The Big Apple adalah sangat sesuai bagi yang sukakan
hiburan, nikmat membeli belah dan pengalaman hidup moden yang terbaik.
Alami pengalaman seorang fashionista dan golongan elit seperti Gossip
Girl dengan mengunjungi Manhattan, kawasan elit terkenal dunia. Sebut
sahaja, Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di
sini. Bagi yang sukakan nikmat malam, nikmati keindahan malam kota di
tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada
jambatan terkenal itu.
Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands)
- Bagi sesiapa yang menyatakan Hawaii adalah tempat terbaik untuk
percutian tepi pantai, tapi mungkin tidak mengunjungi Greece lagi. Ini
kerana Greece adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan
himpunan pulau-pulau yang menakjubkan. Santorini atau dikenali juga
dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang
terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea). Kawasan ini terkenal
dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit.

Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style)
- Amsterdam adalah tempat terbaik untuk dilawati bagi yang mengimpikan
percutian gaya kampung penuh ketenangan. Selain itu, Amsterdam terkenal
dengan kawasan kincir anginnya disamping padang ragut rumput yang luas.
Bayangkan anda berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil
angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar
dilupakan. Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila
mengunjungi Amsterdam, uols boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan
di kawasan Amsterdam ini. Mengkagumkan. Antara tempat terkenal yang
patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”.
New Zealand (The Best Natural Beauty)
- Jika anda meminati filem Lord of The Ring mesti anda masih ingat
tempat-tempat menakjubkan dalam filem tersebut. New Zealand adalah tempat dimana ia dirakamkan. Kaya dengan khazanah
semulajadi yang mengkagumkan, negara ini adalah kawasan tanah besar
terakhir yang ditemui di dunia. Ia menghimpunkan budaya dan sejarah
masyarakat Maori disamping peradaban Eropah yang berhijrah ke New
Zealand. Banyak tempat menarik yang patut dikunjungi. Antara yang wajib
adalah Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson (Mirror Lake),
Hobbiton dan Rotorua.
No comments:
Post a Comment