Saturday, 29 September 2012

USS


Assalamualaikum semua..
Dimulakan dengan salam lebih elok kalau nk mulakan bicara..Rasa teruja lak nk update firt post ni.haha..Tak pernah terfikir dlm kepala otak ni nk buat blog..tu yang rasa lain mcm ni.hehe..kalau tak kerana modul aplikasi komputer ni,mmg jauh api dari panggang nk buat blog sendiri ni.hehe..
Tp tak pe..Den akan sahut cabaran ni..Walaupun blog x sepower org lain,yg penting ada juga blog sendiri daripada tak de.haha..

Dalam blog ini, den tak de nk cerita pape pun. Cuma nk share pengalaman “travel” den. Nk kata banyak tempat yg melawat,tak dela byk sgt..Ada la sikit nk share dengan yang lain..


First tempat yg p melancong tak jauh mana pun. Negara sebelah je..
Singapore..Tu pn sbb nk pegi Universal Studio Singapore(USS). Dgr cerita orang yang dh pernah pergi, mcm best je. Tu yg teringin nk melancong kt sana. Lagipun dekat je.hehe..
Tanggal 29 Julai 2010, bermula lah perjalan ku menuju ke negara Temasik ini. Selalu orang pergi drive sendiri je. Tp kami(dgn member yg lain) nk try naik keretapi lak. Lagipun tak dela penat sgt nk drive..Boleh rehat sikit atas keratapi nanti.
Bertolak naik keratapi dari KL Sentral menuju ke Stesen Tanjong Pagar.Stesen ni pn dh tinggal kenangan dh..Sbbnya kalau naik keratapi dari Malaysia, dia dh tak berhenti sini dah..Terus menuju ke Town Singapore. Dapat juga merasa kt bangunan sejarah ni..
Selamat je sampai kt Singapore, ape lagi..melantak la dulu..Perut pn dh menyanyi kaw2 punya. Kena isi perut dulu sebelum meneruskan perjalanan.hehe.
Lepas je perut sudah berisi, kami pun bersiap sedia menuju kt USS. Cari teksi kt luar untuk menuju ke sana. Teksi pn banyak kt luar walaupun cuaca masa tu hujan.
Selepas melihat panorama Singapore dalam teksi, sampai la kami ke USS. Naik je kat atas, dh nampak globe USS. Apa lagi,bergambar sakan la kt globe tu..


USS terbahagi kepada 7 bahagian, Hollywood, NewYork, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away, and Madagascar.
Kalau nk cerita mahu esok tak habis.hehe..Biar gambar di bawah menceritakan segalanya...




 



 Last sekali, den selitkan extra info untuk tatapan..
  1. Semua pembayaran menggunakan Singapore Dollar.
  2. Alhamdulillah, proses untuk masuk ke Singapura sangat mudah dan friendly.
  3. Bila dah plan nak ke USS, rajin2 lah login ke website mereka untuk tengok segala promosi yang ada.
  4. Elakkan pergi semasa hujung minggu atau cuti sekolah. Harga lebih mahal dan bilangan pengunjung sangat ramai. Tak syok kalau kena beratur panjang untuk tengok persembahan atau game. Sila rujuk laman web USS (sini) untuk info harga tiket.
  5. Singapura adalah negara bebas chewing gum dan sampah. Jangan lakukan disana. Kena saman nanti!
  6. Untuk muslim, sila bawa wet tissue. Tandas tanpa air!



No comments:

Post a Comment